Monday, November 15, 2010

Seperti blog ini menjadi sedikit peribadi



Sekarang aku merasakan sedikit tekanan. Biasalah hidup. Ah, siapa peduli.

Aku tiada cerita menarik yang aku boleh kongsi sekarang. Entry kali ini mungkin agak peribadi. Aku bukan artis. Bila dah popular, buat kecoh sikit pun keluar surat khabar. Orang lain yang lebih layak untuk diberi perhatian tidak pula dijadikan isu. Hiburan, biasa lah. Semememangnya manusia cenderung untuk berhibur. Tapi dalam kebanyakan kita, kita berhibur dengan mengambil kisah kehidupan orang lain. Apa cerita? Artis bukannya para Nabi, bukan juga para Malaikat. So why give a damn about them? Wei, baca buku pun boleh terhibur bai!

Dulu, ketika zaman sekolah, aku bukanlah seorang pelajar yang baik, atau bak kata orang, budak skema atau nerd. Nakal itu ada. Jahat? Berkemungkinan juga. Yes, I did a lot of bad things in the past. Tapi itu dulu bukan? Aku belajar dari zaman silam. Kita beruntung sebab teknologi sekarang dapat membuka minda kita dengan lebih luas. Ilmu di dunia ini amat lah banyak. Kau tidak akan dapat habiskan ilmu yang ada di dunia ini walaupun kau hidup beribu tahun.

Aku baru berusia 25 tahun. Sebagai seorang lelaki, aku merasakan aku masih terlalu muda. Maksud aku, muda dari segi pengalaman hidup. Tapi tidaklah terlalu muda untuk aku bersuka ria dengan perkara yang tidak sepatutnya. Ingat, kita (bagi yang belum berkahwin) juga akan mempunyai anak-anak jika ada rezeki. They must be raised from great parents and great people like us. If we're making shits right now, we're ruining their lives and screwing up their future as well. Scary? Well, you should be scared of it.

Betul kata orang. Zaman remaja adalah zaman yang paling seronok. But the reality can't bring us back to the past! So maybe we should learn as if we're going to live forever, and live as if we're going to die tomorrow.

PS: Aku suka menulis dalam bahasa baku. Bahasa 'rempit' adalah tidak cool.

Monday, November 8, 2010

What would you tell people? Whatever?



Right now, I have nothing much to write about. In my situation, the message on my writing must be clear first before I hit the PUBLISH button. But yes, sometimes that doesn't really matter and I don't really care either. On the other side, my readers are anonymous. If they come back, that's a bonus.

If your writing is interesting, doesn't mean it's useful. When it's not useful, how it can be considered as interesting then? Heck.. too much questions.

BTW, ever heard about Ashley Qualls? She's the founder of whateverlife.com. A site that relies heavily on MySpace on its early launch in 2004. At that time, she was only 14 years old. She's now a multi-million dollar business tycoon. Earning seven figures a year at age 20. Biotch!



-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
We know that life is hard. I mean really hard. Even we have money, it still hard. It only going to be easy if we are immune to that hardness. But, yeah.. only some of us might be so lucky.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Wednesday, November 3, 2010

Adakah Berblog itu sesuatu yang Cool?



Persoalan ini sering juga bermain di fikiran aku sebelum ini. Jawapannya mudah: Tidak.

Baru-baru ni aku mula berjinak dalam dunia blog. Secara jujur, aku memang tidak suka menulis walaupun aku tahu banyak kebaikan dari berblog. Aku hanya tertarik dengan kejayaan sesebuah blog. Bukan penulisannya.

Ketika aku di universiti, antara blog yang paling awal menarik perhatian aku adalah blog Mohd Ismail. Ya, seorang blogger yang sebaya dengan aku dan juga satu universiti dengan aku suatu ketika dahulu tetapi berlainan kursus. Aku tidak peduli sangat apa yang dia tulis. Tetapi cara fikir dia aku suka. Apa yang menarik adalah blog seperti itu amat menarik perhatian ramai termasuk aku. Sayangnya Mail ini sudah tidak aktif berblog. Mungkin atas faktor kerja? Dia menyatakan dia sudah malas untuk menulis panjang dan seperti berminat dengan web startup. Apa yang kau cuba buat sekarang ini Mail?

Seorang lagi blogger yang baru-baru ini meningkat naik adalah pemilik blog Ariff Shah. Sepertimana yang aku tahu, dia ini masih belajar di Moscow, ibu negara Russia. Lebih kurang situasinya dengan Mohd Ismail suatu ketika dahulu. Aktif ketika masih bergelar pelajar. Adakah kau juga akan menjadi malas suatu hari nanti Ariff?

Woork (sekarang telah berpindah ke Woorkup), dimiliki seorang blogger dari Italy, juga banyak memberi inspirasi pada aku. Tidak lupa juga dengan Redmummy, dimiliki oleh seorang blogger perempuan dari Malaysia yang suatu ketika dahulu hanya bermula dengan Blogger. Mempunyai pendapatan melebihi RM10 ribu sebulan hanya melalui blog beliau. Berapa tahun kau perlu bekerja baru boleh merasa begini? Dalam mimpi mungkin.

"Cantik tak saya?" @nurulain8888
Apa yang aku perhatikan, blogger perempuan ada daya tarikan mereka yang tersendiri. Kecantikan adalah faktor yang besar. Jika mereka cantik, sudah tentu trafik blog juga akan mudah meningkat walaupun isi kandungan blog adalah 100% mengarut. Tidak percaya? Cuba perhatikan betul-betul.

Begitu juga dengan blogger lain seperti Xiaxue, seorang blogger perempuan Singapore yang mendapat perhatian tinggi hingga disenaraikan di Lembaga Perpustakaan Negara di Singapore. Guess what, she's probably richer than you! No?

Jadi, jika berblog adalah tidak cool, apa yang cool? Bukankah aku sekarang pun sedang berblog?

Blog ini bukanlah keutamaan pertama aku pada masa ini. Aku ada projek lain yang aku tidak akan beritahu secara umum pada ketika ini. Jika kau rasa berblog adalah cool, terpulang lah. Yang mendapat nama Matt Mullenweg juga bukan? Yang membesarkan empayar adalah Google juga. Yang bertambah kuat pengaruhnya adalah Nuffnang juga. Jadi?


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Seberapa genius pun kau, jika kau tiada keinginan, kau tidak akan berganjak. Masuk akal?
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------