Wednesday, November 3, 2010

Adakah Berblog itu sesuatu yang Cool?



Persoalan ini sering juga bermain di fikiran aku sebelum ini. Jawapannya mudah: Tidak.

Baru-baru ni aku mula berjinak dalam dunia blog. Secara jujur, aku memang tidak suka menulis walaupun aku tahu banyak kebaikan dari berblog. Aku hanya tertarik dengan kejayaan sesebuah blog. Bukan penulisannya.

Ketika aku di universiti, antara blog yang paling awal menarik perhatian aku adalah blog Mohd Ismail. Ya, seorang blogger yang sebaya dengan aku dan juga satu universiti dengan aku suatu ketika dahulu tetapi berlainan kursus. Aku tidak peduli sangat apa yang dia tulis. Tetapi cara fikir dia aku suka. Apa yang menarik adalah blog seperti itu amat menarik perhatian ramai termasuk aku. Sayangnya Mail ini sudah tidak aktif berblog. Mungkin atas faktor kerja? Dia menyatakan dia sudah malas untuk menulis panjang dan seperti berminat dengan web startup. Apa yang kau cuba buat sekarang ini Mail?

Seorang lagi blogger yang baru-baru ini meningkat naik adalah pemilik blog Ariff Shah. Sepertimana yang aku tahu, dia ini masih belajar di Moscow, ibu negara Russia. Lebih kurang situasinya dengan Mohd Ismail suatu ketika dahulu. Aktif ketika masih bergelar pelajar. Adakah kau juga akan menjadi malas suatu hari nanti Ariff?

Woork (sekarang telah berpindah ke Woorkup), dimiliki seorang blogger dari Italy, juga banyak memberi inspirasi pada aku. Tidak lupa juga dengan Redmummy, dimiliki oleh seorang blogger perempuan dari Malaysia yang suatu ketika dahulu hanya bermula dengan Blogger. Mempunyai pendapatan melebihi RM10 ribu sebulan hanya melalui blog beliau. Berapa tahun kau perlu bekerja baru boleh merasa begini? Dalam mimpi mungkin.

"Cantik tak saya?" @nurulain8888
Apa yang aku perhatikan, blogger perempuan ada daya tarikan mereka yang tersendiri. Kecantikan adalah faktor yang besar. Jika mereka cantik, sudah tentu trafik blog juga akan mudah meningkat walaupun isi kandungan blog adalah 100% mengarut. Tidak percaya? Cuba perhatikan betul-betul.

Begitu juga dengan blogger lain seperti Xiaxue, seorang blogger perempuan Singapore yang mendapat perhatian tinggi hingga disenaraikan di Lembaga Perpustakaan Negara di Singapore. Guess what, she's probably richer than you! No?

Jadi, jika berblog adalah tidak cool, apa yang cool? Bukankah aku sekarang pun sedang berblog?

Blog ini bukanlah keutamaan pertama aku pada masa ini. Aku ada projek lain yang aku tidak akan beritahu secara umum pada ketika ini. Jika kau rasa berblog adalah cool, terpulang lah. Yang mendapat nama Matt Mullenweg juga bukan? Yang membesarkan empayar adalah Google juga. Yang bertambah kuat pengaruhnya adalah Nuffnang juga. Jadi?


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Seberapa genius pun kau, jika kau tiada keinginan, kau tidak akan berganjak. Masuk akal?
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

2 comments:

REEFapfy said...

suke.
mudah dan simple.
jangan di tanya ape yang aku suke. haha

Khairul Hisyam said...

haha. you are the 1st commenter la reef.
[clapping clapping] ;)